Saturday, December 2, 2017

ADAKAH BID'AH ANGKAT TANGAN UNTUK BERDOA?

Mengangkat tangan ketika berdoa termasuk ketika mendengar khatib berdoa.

قال الرملي في نهاية المحتاج: "(و) يسن (رفع يديه) فيه (أي في القنوت عندهم)، وفي سائر الأدعية اتباعاً، كما رواه البيهقي فيه بإسناد جيد، وفي سائر الأدعية الشيخان وغيرهما".


Berkata al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj:
Disunatkan menadah dua tangan ketika qunut. Demikian juga disunatkan menadah tangan pada semua doa sebagai ittiba' (mengikut kesunnahan menadah tangan ketika qunut) sebagimana diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang jayyid (baik) dan pada kesemua doa-doa sebagaimana riwayat Syaikhan dan selain daripada mereka.

وسئل ابن حجر الهيتمي في : "الفتاوى الفقهية الكبرى" عن رفع اليدين بعد فراغ الخطبتين يوم الجمعة هل هو مستحب أو بدعة؟
فأجاب : "رفع اليدين سنة في كل دعاء خارج الصلاة ونحوها ومن زعم أنه صلى الله عليه وسلم لم يرفعهما إلا في دعاء الاستسقاء فقد سها سهواً بيناً وغلط غلطاً فاحشاً، وعبارة العباب مع شرحي له: (يسن للداعي خارج الصلاة رفع يديه الطاهرتين) للاتباع ...
وقال : من ادعى حصرها فهو غالط غلطاً فاحشاً، وهذه لكونها مثبتة مقدمة على روايتهما كان صلى الله عليه وسلم لا يرفع يديه في شيء من الدعاء إلا في الاستسقاء، واستحب الخطابي كشفهما في سائر الأدعية، ويكره للخطيب رفعهما في حال الخطبة كما قاله البيهقي".

Ibn Hajar ditanya sebagaimana dalam kitabnya al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra mengenai menadah tangan berdoa selepas selesai dua khutbah Jumaat(doa di akhir khutbah) pada hari Jumaat, adakah ia mustahab atau bid'ah?

Beliau menjawab: Tadah tangan berdoa adalah sunnah pada setiap doa di luar solat dan selainnya. Sesiapa yang menyangka Nabi sAW tidah menadah tangan kecuali pada doa istisqa, sesungguhnya dia telah ditimpa kelupaan yang nyata dan juga kesalahan yang serius.

Kata-kata al-Ubab:

Disunatkan menadah tangan berdoa ketika diluar solat adalah untuk ittiba. 

Dan berkata:

Dan sesiapa yang mengkhususkan menadah tangan hanya utk doa istisqa, sesungguhnya telah nyata salah. ini adalah kerana hadis menadah tangan adalah menetapkan sesuatu (muthbitah) dan ia (hadis yang menetapkan) lebih utama (dipegang dan diamalkan) daripada hadis riwayat syaikhan yang menyebut Nabi SAW adalah tidak mengangkat tangan berdoa kecuali pada doa istisqa. 

Al-Khattabi mengatakan mustahab menadah tangan keduanya pada semua doa, namun makruh pada khatib (tidak makruh pada makmum)  menadah tangan ketika berkhutbah sebagimana riwayat al-Baihaqi.

Habis nukilan...

Jadi amalkan menadah tangan ketika berdoa kerana ianya berpahala kerana mengikut Nabi SAW (ittibak)  yang menadah tangan ketika berdoa.

Allahu al-musta'an.

-------------
Oleh: Dr. Asmadi Naim. Penyarah Univeristi Utara Malaysia.

No comments:

Post a Comment