Thursday, August 1, 2013

MAJALAH Q&A Bil 20


KANDUNGAN MENARIK:



  1.BERJIRAN DENGAN NON-MUSLIM – Hukum Dan Persoalannya
-          Nabi mengajar kita supaya sentiasa berbaik dan hormati menghormati  dengan jiran tetangga juga kepada tetangga yang bukan Islam.

Temubual /Soal jawab Isu bersama Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin.
-          HUKUM BELA ANJING Dalam situasi di bandar kebanyakan kita tinggal di kawasan perumahan yang berbilang kaum. Non- Muslim bela anjing – kita tidak boleh terus tegur mereka sebab mereka tidak semua boleh terima teguran, sebaiknya kita lapor kepada majlis bandaraya, dan mereka yang akan datang menasihati tetangga kita. Dalam aduan ini nama kita akan dirahsiakan.

-          TINGGAL SERUMAH DENGAN NON-MUSLIM -  Bagaimana aurat wanita Islam dengan Non-Muslim terutama yang melibatkan anak-anak kita yang tinggal serumah dengan yang bukan Islam TERUTAMA DI KOLEJ LUAR NEGARA? – Wajib tutup aurat sepanjang bersama mereka, kalau masa tidur aurat terselak tanpa sengaja dimaafkan. Penting tutup aurat sebab kita tidak mahu kalau kita dedah aurat mereka akan ambil foto dan sebar-sebarkan. Ini akan jadi fitnah.
(ms 17)
-          HUKUM GUNA SAMA PERALATAN  PINGGAN MANGKUK DENGAN TEMAN SERUMAH BUKAN ISLAM – Boleh guna sama , selagi   KITA TIDAK NAMPAK mereka letak makanan haram dalam pinggan tersebut.

-          JIRAN BUKAN ISLAM MENGADU AZAN BISING – Untuk isu nasional seperti azan, non-muslim tidak wajar mengadu tentang azan yang berkumandang setiap waktu solat kerana azan telah dilaungkan ratusan tahun di Malaysia.

Walau bagaimanapun sebagai satu inisiatif, masjid dan surau sewajarnya menggunakan sistem pembesar suara yang baik dan bermutu supaya ‘sedap’ didengar dan menarik minat kepada non-muslim.
-          14  tip berjiran menurut Imam al-Ghazzali. (ms 21)
-          3 Syarat Rai Perayaan Non-Muslim – sila rujuk ke ms 18 dijelaskan bahawa: Bukan berkaitan perayaan keagamaan, tiada unsur syirik dan tiada mungkar.
-          Ketahui 3 Jenis Jiran – dan kita dikategori jiran yang mana?

2.      Senyum Pagi – Ustaz Kazim (ms 6) memberi panduan teknik menegur Isteri.
Suami isteri jika hendak menegur kesilapan pasangan jangan tegur di hadapan anak-anak. Tegur pasangan dalam bilik atau bawa keluar jalan-jalan. Ini bertujuan supaya anak-anak tidak memperlecehkan pasangan kita.


3.      Kuliah Oxford oleh Syeikh Dato’ Ar. Afifi Al-Akiti
Persoalan berkaitan: Adakah terbatal puasa jika kita berniat untuk berbuka puasa? Tidak batal sebab baru berniat, sebab syarat batal puasa  ialah apabila seseorang itu melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

PERSOALAN: BOLEHKAH BERNIAT MEMBATALKAN SOLAT SEPERTI NIAT NAK BATALKAN PUASA?
(rujuk jawapan di ms 28)

4.      Paradigma bersama Ustz Muhadir (ms 30)
Bolehkah menggerak-gerakkan badan ketika berzikir. Ada yang mengatakan perkara ini bidaah dhalalah (sesat) sedangkan para ahli ilmu dan orang awam zaman dahulu pernah melakukannya. Untuk maklumat lanjut rujuk ms 30.

5.      LENSA – FOTO EKSKLUSIF Ziarah Ilmiah dan Pengajian Kitab Jawi NARATHIWAT.
Mengimbau kekuatan tradisi Islam di Kalangan Bangsa Melayu melalui pengajian kitab, ziarah pondok dan hubungan dengan ulama.  Syeikh Fahmi Zamzam membimbing 200 tetamu pengajian Kitab Hidayatus Salikin dan Bekal Akhirat selama  empat hari di Madrasah Darul Quranulkarim, Belukar Sena, Narathiwat.
Dibawa melawat makam Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, pengarang kitab Hidayatus Salikin di Ban Trap. Makam terletak dalam kawasan kebun getah orang Buddha. (ms  37, 38 dan 39).

6.      Drama Iktibar  - Kembara Ustaz Fadli Yasin berdakwah di bumi Sabah. Catatannya pada kali ini mengisahkan seorang pemotong kayu yang ikut sama ke hutan memotong kayu-kayu untuk mendirikan masjid di Kampung Padang, Mukim Sepulut, daerah Nabawan, Pensiangan Sabah. Terkesan dengan akhlak orang Islam akhirnya saudara Joseph sekeluarga telah memeluk Islam. Kepakaran beliau ialah mampu memotong kayu sehingga menjadi papan lapis yang cantik dan kemas.

 JIMAT JIMAT TEMPAH SEGERA !
DAPATKAN PAKEJ ISTIMEWA BUKU MASAKAN TERBITAN GALERI ILMU.
 BELI TERUS DARI GIMG KERANA BEZA HARGA SANGAT BANYAK.
(rujuk iklan ms 117 dalam majalah ANIS)


  

1 comment:

Razxleesa said...

adakah benar hidup berjiran dengan bukan seagama,rezeki akan tersekat-sekat?

Post a Comment