
Q&A Bil. 17
Isu 1 – Rukhsah:
Peluang Beramal dalam Keadaan Tidak Mampu (m.s. 10)
Islam agama yang
mudah. Syariat Islam datang dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan manusia. Rukhsah
disyariatkan apabila umat Islam ditimpa kesukaran. Antaranya kerana musafir,
ketika hujan, ketakutan dan ketika sakit. Ketika bermusafir, kita dibenarkan
berbuka puasa Ramadan, meratakan wuduk dengan hanya menyapu khuf selama tiga
hari tiga malam, serta jamak dan qasar solat wajib. Ikuti kupasan dalam memahami
rukhsah sebagai satu peluang untuk kita terus beramal.
Isu 2 Keuzuran – Rukhsah dan Azimah
- (m.s. 11)
Sekiranya hukum rukhsah (kelonggaran) tidak wujud,
umat Islam pasti akan binasa ketika berdepan dengan suasana kecemasan atau
darurat. Azimah pula merupakan
perintah asal sesuatu hukum tetapi dibatalkan atau diubah bentuknya disebabkan
keadaan darurat. Dapatkan jawapan kepada asas kepada hukum rukhsah yang
merupakan hak hamba dalam kurnia dan kebijaksanaan Allah juga azimah yang
merupakan hak Allah atas hamba-Nya dalam persoalan isu ini.
Isu 3 – Soal Jawab Ruksah Solat (m.s. 16)
Bersama dalam bicara ilmu bersama Ustaz Fadzil al-Yamani berkaitan
dengan persoalan-persoalan umum berkaitan dengan solat.
Aku & al-Quran - Bahasa Dalaman (m.s. 6)
Cuba
perhatikan bahasa dalaman kita setiap hari. Sebagai contoh ketika memandu,
orang di belakang membunyikan hon. Cuba dengar bahasa itu. Kita akan menjadi panas, marah, sakit hati
dan kalau tidak dikawal, bahasa itu akan terus-terusan membentuk bahasa-bahasa
negatif yang lain.
Aku & Hadis – Bolehkah Tidak
Berhukum Dengan Hadis Sahih? (m.s. 20)
Amat
sukar untuk kita mendakwa dan menetapkan bahawa ada hadis sahih yang
ditinggalkan atau tidak diamalkan oleh Imam asy-Syafi‘i mahupun para ulama
Mazhab Syafi‘i tanpa sebarang hujah dan alasan yang kukuh.
Hadis Akhir Zaman - Wanita Berkerjaya; Petanda Akhir Zaman (m.s 23)
Cara hidup pada akhir zaman mendorong wanita untuk
bekerja di luar rumah. Terutama dalam bidang perniagaan kerana wanita dapat
dijadikan ‘daya tarik’ pelanggan. Wanita juga bekerja di luar rumah untuk
menambah pendapatan bagi memenuhi tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kuliah
Oxford – Sampaikah Amalan Yang Disedekahkan Kepada Arwah? – Siri 3 (m.s. 37)
Imam para
mufassir di kalangan Sahabat iaitu Ibn Abbas, telah mengisytiharkan bahawa ayat
an-Najm ini dimansukhkan oleh ayat lain.
Halaqah Tauhid – Bolehkah Menisbahkan Keburukan Kepada Allah? (m.s. 46)
Adakah para ulama Ahli Sunnah
membenarkan penisbahan tersebut kepada Allah SWT atau tidak? Bagaimana pula
jika penisbahan itu digunapakai dalam bidang pengajian sahaja bukan untuk
masyarakat umum.
Roger
Ustaz Raja – Al-Asy’airah
& Al-Maturidiah (m.s.
48)
Bagaimanakah
terbentuknya sebuah entiti pemikiran Islam dalam bidang akidah yang kuat yang
dikenali sebagai Ahlus Sunnah wal-Jamaah?
Mutiara
Kitab Hikam – Kaedah
Mencapai Cita-Cita (m.s 68)
Dalam mengejar cita-cita dunia dan akhirat, wajib
melaksanakan pelbagai faktor penyebab kejayaan. Tanpa memenuhi pelbagai faktor
yang diperlukan, kejayaan tidak akan tercapai. Imam Syafi’i (w. 204H)
menegaskan, “Anda mahukan kejayaan, tetapi anda tidak lalui jalan-jalannya,
sesungguhnya kapal laut tidak akan dapat belayar di daratan.”
Anjung Al-Atrak – Adab Dengan Masa (m.s.
70)
Pengalaman penulis
bertandang ke rumah seorang ulama besar hadis di Mesir iaitu al-Alim al-Allamah
Doktor Syeikh Saad Jawish hafizahullah yang sedang sakit. Kehadiran yang
pada mulanya hanya untuk berziarah bertukar menjadi majlis ilmu.
Halaqah Suluhan Ibadah – Perlukah Mengqadha
Solat Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja? (m.s 72)
Ada sesetengah
orang yang mengatakan bahawa solat hanya diqadha jika terlupa atau tertidur.
Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadha kerana tidak ada
dalil daripada al-Quran mahupun hadis. Apakah pandangan ulama dalam perkara
ini?
Soal Jawab Bersama Syeikh Nuruddin – Kahwin
Lari (m.s. 76)
Adakah
sah perkahwinan di selatan Thailand tanpa persetujuan wali, dengan erti kata
lain kahwin lari? Apakah yang menyebabkan tanggungjawab wali akan berpindah
kepada wali hakim?
Perspektif
– Al-Imamah (m.s.
78)
Setelah memperakui kepentingan imamah sebagai keperluan yang mendesak dan utama, Syiah berselisih dengan Ahlus Sunnah wal-Jamaah berhubung status kesabitannya. Syiah melihat bahawa ia sabit melalui nas daripada Allah SWT.
Setelah memperakui kepentingan imamah sebagai keperluan yang mendesak dan utama, Syiah berselisih dengan Ahlus Sunnah wal-Jamaah berhubung status kesabitannya. Syiah melihat bahawa ia sabit melalui nas daripada Allah SWT.
Alam Akhirat – Hadiah Buat Pengabai
Solat (m.s. 83)
Apakah
sikap dan pemahaman kita menangani solat masih di tahap ‘main-main’ setelah
mendengar ancaman Allah tentangnya?
Halaqah Firman – Jisim Yang Hidup Dan Jasad Yang Mati (m.s. 86)
Kalimah
al-Jism dan al-Jasad merupakan dua istilah yang hampir sama dari
aspek makna dan hurufnya. Ia digunapakai untuk badan atau tubuh manusia. Namun
apabila al-Quran menggunakan kedua-dua istilah ini maka ia tentunya menunjukkan
maksud yang berbeza.
Fiqh an-Nissa’- Berbezakah Aurat Di
Luar dan Di Dalam Solat? (m.s. 88)
Sekiranya pakaian itu menutupi kulit tetapi menampakkan ukuran
badan seperti lutut, punggung dan seumpamanya, sah solatnya kerana wujudnya
penutupan. Apa pula beza aurat di dalam solat dan di luar solat?
Jalan Tengah – Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang Kafir (Khususnya
Kristian) -Siri 3- (m.s. 94)
Orang-orang Kristian di Malaysia khususnya tidak rugi jika
tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka.
Padahal, di pihak masyarakat awam Islam di Malaysia pula, ia boleh membawa
kepada kekeliruan.
Halaqah Tasawuf – Transformasi Rohani (m.s. 97)
Transformasi
perlu kepada keinginan, kesungguhan, semangat yang tinggi dan mujahadah berterusan
untuk berubah atau apa yang sering disebut sebagai ‘himmah’.
Taman
Ilmu – Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi
(1913-1999) (m.s. 99)
Sama-sama kita
kenali tokoh pemikir Islam, penulis, pendakwah, sejarawan dan juga seorang
sasterawan kelahiran Uttar Pradesh, India yang diakui kewibawaannya di persada
antarabangsa.
No comments:
Post a Comment