Monday, January 14, 2013

Q&A Bil 14 : Mukmin Sebagai 'YB'


Kandungan menarik Q&A ISU14: Mukmin Sebagai 'YB'



1.      Isu: Hidup Sebagai YB (m.s 11)
Senario hidup masyarakat moden, orientasi hidup sangat berfokus kepada diri sendiri. Manusia rasa selesa hidup dalam zon nafsi-nafsi. Tiada ruang buat menumpahkan khidmat kepada individu lain dengan sejujur-jujurnya. Kalaupun ada, ia sebagai pilihan sampingan bukan sebagai satu misi utama. Bagaimana Islam memandang persoalan ini? 

2.      Aku dan Hadis: Mulakan Kerja Dengan Bismillah (m.s 78)
Apa kedudukan sebuah khabar atau hadis yang berbunyi,  “Setiap urusan yang mempunyai tujuan, yang tidak dimulai dengan Bismillahir rahmanir rahim, ia dianggap terputus (barakahnya)”? Adakah benar ia hadis atau tidak?

3.      Celak Mata: Wujudkah Mandi Sunat Taubat? (m.s 87)
Bagaimana cara yang sebenarnya perlu dilakukan oleh seorang hamba yang ingin bertaubat? Adakah perlu mandi sunat terlebih dahulu? Turut dijawab beberapa persoalan mudah dalam masyarakat seperti hukum beristighfar dan bersalaman ketika mendengar khutbah dan pelbagai lagi.

4.      Taman Ilmu- Dari Oxford ke Gombak (m.s 42)
Apa yang dimaksudkan dengan graduan yang digelar sebagai ‘blanket specialization’ (pengkhususan yang membelenggu) dan Public engagement? Ikuti kupasan yang menarik daripada Syeikh Dr. Afifi al-Akiti berhubung kemahiran yang perlu dimiliki oleh umat Islam sekarang.

5.      Displin Ilmu- Siapa Penjaga Tradisi Ilmu Islam? (m.s 72)
Sejauh mana golongan seperti  ulama hadis dan para ilmuwan Islam dalam  mengembang dan menggagaskan pelbagai ilmu yang difahami daripada kandungan wahyu dan hadis yang disampaikan.

6.      Mimbar- Kita Diajar Untuk Mendengar! (m.s 40)
Ramai di kalangan Sahabat radiyallahu ‘anhum menghafal al-Quran hanya setelah mendengarnya. Mereka berdakwah berdasarkan apa yang mereka dengar kerana kebanyakan mereka tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Hayatilah beberapa kelebihan menjadi pendengar.

7.      Hadis akhir Zaman- Pembukaan Kota Konstantinople (m.s 23)
Ketika Dajjal berkuasa di dunia dan menguasai Kota Istanbul maka Imam Mahdi dan tentera Islam akan muncul untuk membuka semula Kota Konstantinopel buat kali kedua sebelum terjadinya tanda-tanda kiamat yang besar.

8.      Halaqah Suluhan Ibadah- Bolehkah Menyebut Sayidina Untuk Nabi SAW? (m.s 70)
Persoalan menambah taswid (sebutan Sayidina) ketika berselawat ke atas Nabi di dalam solat dan di luar solat telah lama dibincangkan. Para ulama membolehkan malah menyebutnya boleh mendapat pahala. Apa hujah-hujah mereka?

9.      Kitab Turats- Hikam Tok Pulau Manis. (m.s 119)
Kitab al-Hikam sememangnya tidak asing lagi di dunia Melayu kita semenjak dahulu lagi. Kitab ini digunakan di pondok-pondok pengajian agama di tanah Melayu, Selatan Thailand dan Indonesia. Kitab ‘Syarah Hikam Tok Pulau Manis’ merupakan terjemahan dan ulasan yang sering menjadi rujukan.

10.  Mutiara Kitab Hikam- Bahaya Berguru Orang Yang Tidak Cukup Syarat (m.s 51)
Hati-hati memilih guru. Pandangan guru yang tidak cukup syarat selalu terkeliru sehingga perkara-perkara yang benar dianggap sebagai salah atau sebaliknya perkara salah dianggap benar.

11.  Paradigma - Sambutan Maulidur Rasul Ada Asas Daripada Syarak (m.s 58)
Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun sering ditunggu-tunggu oleh para pencinta Rasulullah dengan diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul atau Maulid Nabi. Malah ia telah menjadi acara rasmi pihak kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi. Apa asasnya menurut syarak?

12.  Adab- Bolehkah Memakan Zirafah? (m.s 89)
Mungkin sudah ramai mengetahui tentang binatang ini cuma tidak secara terperinci berdasarkan pandangan para ulama terdahulu. Apa pandangan ulama Islam berhubung dengan hukum memakan zirafah?

13.  Perspektif-  Bolehkah Meriwayatkan kisah Israiliyyat? (m.s 19)
Israiliyat bermaksud semua perkara yang disandarkan kepada Bani Israil sama ada riwayat, cerita ataupun hikayat yang berkaitan dengan kejadian makhluk, kisah para nabi, sahsiah atau umat yang terdahulu dan sebagainya. Apa pembahagian Israiliyat dan bolehkah meriwayatkannya?

14.   Bicara Mufti- Benarkah Wujud Ajaran Parsi Dalam Syiah? (m.s 4)
Orang-orang Parsi telah biasa melihat raja mereka dengan pandangan ‘suci’ lalu dengan pandangan inilah, mereka melihat Sayidina Ali dan keturunannya.

15.  Aku dan Quran- Khidmat Untuk Manusia Atau Untuk Tuhan Manusia? (m.s 83)
Cuba tanya diri kita kenapa kita bekerja? Saya pernah membuat soal-selidik yang sama kepada ramai peserta kursus. Kebanyakannya menjawab, kerana mencari pendapatan dan sebagainya. Terlalu sedikit yang menjawab spontan, saya bekerja kerana Allah.

16.  Wahai Rasulullah- Muraqabah; Sunnah Rasul Dan Orang Terpilih! (m.s 21)
Rasulullah SAW banyak mengajarkan kita muraqabah yang sebenar. Apa itu muraqabah? Bagaimana cara memiliki sifat muraqabah?

17.  Senyum Pagi- Syoknya Mengumpat. (m.s 9)
Mengumpat atau ghibah boleh berlaku sama ada disedari atau tidak. Ia bermaksud menceritakan atau menyebut keburukan seseorang kepada orang lain.  Apa kaedah untuk mengelak daripada mengumpat?

18.  Merentas Misi- Islam Agama Milenia Baru (m.s 25)
Islam dilihat sebagai agama yang berkembang pesat di Eropah. Sebahagian besar daripada perkembangan ini disumbangkan oleh ‘rencana jahat’ musuh Islam terhadap Islam. Apa maksud rencana jahat tersebut?

19.  Hadis 40- Kebenaran Rasulullah Dalam Keajaiban Ciptaan Manusia. (m.s 27)
Hadia 40 kali ini meyambung kupasan yang lalu berhubung peringkat penciptaan manusia yang kedua dan ketiga iaitu alaqah dan mudghah. Apa keajaiban kalimah ini dari segi bahasa Arab dan bagaimana ulama Islam memahaminya?

20.  Lensa- Pengajian Akbar Kitab Hidayatus-Salikin (m.s 29)
Program yang julung kali diadakan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam di Pondok Pesantren Yasin, Kalimantan Selatan ini mendapat sambutan ribuan jemaah dari empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia.

21.  Breaking The Code:- Protokol Yahudi (m.s 64)
Dokumen yang paling banyak disebut-sebut oleh mereka yang tertarik kepada teori Kekuasaan Sedunia Kaum Yahudi’ adalah sebuah dokumen yang disebut ‘protokol’. Apa kandungan dokumen ini?

22.  CEO : Tadika Islam Formula Genius Aulad (m.s 66)
Kesukaran mencari sebuah tadika Islam untuk anak-anaknya yang memberi keutamaan kepada pembelajaran bahasa Inggeris memberikan inspirasi kepada Puan Zaliza Alias mengasaskan sebuah tadika Islam hingga mempunyai rangkaian yang semakin berkembang. Hakikatnya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk menarik minat kanak-kanak seawal usia tiga tahun hadir ke sekolah, tetapi team Genius Aulad berjaya melakukannya. Bersama selusuri misi beliau selaku Pengarah Eksekutif Genius Aulad.




No comments:

Post a Comment